Memaparkan catatan dengan label K2 bahagian E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label K2 bahagian E. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

MENJAWAB Carta Alir Sistem


CARTA aliran di atas ialah Carta Aliran Bersistem (CAB). CAB memerlukan pelajar menjawab dari permulaan sehingga proses terakhir.  Mulakanlah jawaban dengan satu pengenalan yang ringkas, yang diubah suai daripada tajuk carta.  Saya mencadangkan pengenalan sebagai berikut:

( Carta aliran berkenaan ialah mengenai proses pembangunan dan perancangan alam sekitar. )

Pelajar wajib atau mesti memulakan penjelasannya dari kotak pertama di atas sekali, seterusnya ke kotak nombor dua dan kotak-kotak lain berdasarkan susunan.  Sila perhatikan anak-anak panah sebagai tanda urusan pada sistem berkenaan.  Akhir sekali hurai pelajar mesti berada di kotak paling bawah (pembangunan dilaksanakan).

Saya mencadangkan penjelasan pada kotak pertama sebagai berikut:

    ( Pada peringkat awal, langkah penting ialah membuat susunan organisasi dan sumber manusia.  Pada peringkat ini perkara yang terlibat ialah Keputusan dan nilai, Pakar, Kumpulan-kumpulan minat tertentu dan awam serta pentadbiran politik dan undang-undang awam. )

Untuk perenggan isi steterusnya, cadangan saya sebagai berikut, satu proses penggabungan maklumat peringkat kedua dan ketiga. Begitu juga untuk peringkat seterusnya.

     (Pada peringkat kedua ialah membentuk sistem susunan data dan sumber maklumat.  Antara perkara berkenaan ialah Keterangan Projek, sempadan-sempadan Kesan, Inventori Data dan Maklumat yang dibentuk semasa proses penilaian.)

     (Kesemua bahagian di atas akan melalui proses penilai.  Peringkat Penilaian ini terdiri daripada Skop Penilaian,  Kesan-kesan Penentuan,  Ramalan Kesan-kesan,  Interprestasi dan evaluasi kesan dan Kelonggaran serta Prosedur Komunikasi dan Persembahan Hasil-hasil.)

Pelajar tidak boleh memulakan penjelasan dari mana-mana bahagian.  Jika ada pelajar yang berbuat demikian, misalnya memulakan penjelasan dari kotak Penilaian Data, akibatnya seluruh jawaban dikategori sebagai Tidak Relevan (TR).  Jika keadaan ini berlaku markahnya hanya 1/15.

Tulislah satu kesimpulan yang ringkas.

(Kesimpulannya, proses pembangunan dan perancangan alam sekitar memerlukan perancangan yang teliti supaya tercapai matlamatnya.)

Selasa, 5 April 2011

CARTA ALIRAN bukan sistem

Contoh soalan Bahagian E

9.  Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.  Berdasarkan carta di bawah ini, huraikan sumber secara langsung dan secara tidak langsung bagi seseorang pengguna untuk mendapatkan maklumat.



(dipetik dan diubahsuai daripada Panduan Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 1992)


Pemarkahan jawaban seperti berikut
1.      Idea 4 markah
2.      Huraian 8 markah
3.      Bahasa 4 markah
4.      Keberkesanan 1 markah
Nota:
1.    Carta alir di atas ialah carta alir bukan sistem.  Berdasarkan soalan, calon boleh merangka jawaban dengan mudah.  Calon diminta menghuraikan sumber secara langsung dan secara tidak langsung.  Calon boleh memulakan jawaban dengan memulakan isi daripada sumber langsung atau tidak langsung.

2.    Fokusnya ialah PENGGUNA.  Perhatikan anak-anak panah yang ada.  Mana-mana anak panah yang terus menuju pengguna, bermakna sumber langsung.  Sebagai contoh, sumber langsung dalam carta itu ialah Media Massa, Organisasi, Pusat Sumber dan Pelabelan Barangan.   Sumber tidak langsung ialah Kerajaan dan Iklan.  Perhatikan anak panah daripada Kerajaan dan Iklan yang menuju sumber lain.  Jika calon tersalah faham konsep ini bermakna mungkin jawaban calon tersasar!

3.    Perhatikan anak panah dari Pengguna kea rah Keluarga dan Rakan sebaya.  Soalan meminta sumber pengguna mendapat maklumat, bermakna anak panah keluar daripada pengguna menyalahi soalan.  Rakan sebaya dan Keluarga sebenarnya bertindak sebagai pengacau atau pengeliru calon untuk menjawab.

4    Jawablah dengan memilih DUA sumber langsung dan DUA sumber tidak langsung.

5    Ada calon keliru bagaimana menghuraikan sumber Kerajaan dan Iklan.  Perhatikan kesilapan calon dalam menghuraikan hal ini.

    Kerajaan merupakan sumber tidak langsung maklumat kepada pengguna.  Kerajaan bekerjasama melalui organisasi seperti persatuan pengguna  telah menyampaikan maklumat barangan kepada semua pengguna.  Kerajaan juga meminta bantuan media massa iaitu media cetak dan media elektronik untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna.

Komentar:  Ayat pertama sahaja yang betul dan mendapat satu markah.  Ayat kedua dan ketiga salah, tiada markah. 

Sepatutnya calon boleh menulis begini:
     Kerajaan merupakan sumber tidak langsung maklumat kepada pengguna. Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Kepenggunaan bertanggung jawab menyebarkan maklumat yang sah kepada pengguna.  Jabatan Penerangan juga menjadi alat menyampaikan maklumat kepenggunaan.

Calon yang menyatakan peranan rakan sebaya dan keluarga bagi mendapatkan maklumat, ternyata tidak relevan (TR).

Dengan itu, struktur penulisan calon sepatutnya meliputi:
Perenggan 1:  Pengenalan
Perenggan 2:  Sumber langsung – Media Massa atau Organisasi
Perenggan 3: Sumber langsung – Pusat Sumber atau Pelabelan barangan
Perenggan 4: Sumber tidak langsung – Kerajaan
Perenggan 5: Sumber tidak langsung – Iklan
Perenggan 6: Kesimpulan

Jumaat, 25 Mac 2011

MENJAWAB soalan jadual

Bahagian E

1.       Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan pola pelaburan asing dalam projek-projek mengikut industri antara tahun 2003 hingga 2005.  Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku?

Malaysia: Pelaburan Asing Dalam Projek-projek Mengikut industri antara Tahun 2003
                                  hingga 2005.

Industri
2003
2004
2005
RM juta
RM juta
RM juta
Pengilangan makanan
431.0
439.0
384.8
Tekstil dan produk tekstil
33.6
77.8
368.5
Kertas, percetakan dan penerbitan
177.6
102.5
1361.8
Kimia dan produk kimia
496.0
357.1
556.3
Petroleum dan gas
4791.0
812.4
436.9
Getah dan produk getah
220.5
106.4
109.8
Produk galian bukan logam
98.9
326.2
380.7
Produk logam asas
158.6
4226.6
736.3
Produk logam dibentuk
212.5
597.6
736.3
Produk elektrik dan elektronik
6826.0
4005.4
3629.9
Peralatan pengangkutan
141.4
182.4
254.6
Pelbagai
811.5
1088.0
1351.1
JUMLAH
14398.6
12321.4
9835.4
(dipetik dan dibahsuai daripada Laporan Ekonomi 2003-2006)


Ulasan jawaban soalan nombor 3 (Bahagian E) jadual.
Kesalahan dan kesilapan yang dicatat telah dilakukan dan wajib dijadikan iktibar.

1: Tidak menulis tanda harga seperti RM. Ada pelajar menulis 14398.6 juta.  Ada juga yang menulis RM14398.6 tanpa menulis perkataan ‘juta’.

2: Sedikit pelajar memahami format penulisan jawaban.  Jawaban perlu dalam ENAM perenggan! 
Tulislah perenggan 1 (P1) dengan pengenalan  mudah. Pada atas jadual sudah ada tajuk dan ubah sedikit sahaja. Cuba tulis seperti ini,
     Jadual berkenaan menunjukkan pelaburan  asing di Malaysia dalam projek-projek mengikut industri  antara tahun 2003 hingga 2005.

Perenggan 2, 3, 4 dan 5 ialah isi. Perenggan 6 ialah kesimpulan.

2: Kebanyakan jawaban pelajar tidak menggunakan perkataan standard.  Pelajar wajib menulis frasa ayat “pola meningkat”, “pola menurun” dan “pola tidak konsisten” dalam ayat awal.  Contohnya,
     Jumlah keseluruhan bagi tiga tahun berkenaan menunjukkan pola menurun.

     Terdapat pola meningkat dalam jadual berkenaan.

     Jadual itu juga memperlihatkan pola tidak konsisten.

Selepas ayat-ayat penegasan berkenaan pola, barulah pelajar memberi huraian perubahan nilai mutlak pada tahun-tahun berkenaan untuk membuktikan polanya.

3:  Punca perubahan pola mesti ditulis dalam peranggan bersama ulasan pola.  Ertinya punca-punca tidak boleh ditulis berasingan dalam perenggan lain kerana setiap perubahan pola mempunyai punca/sebab yang berlainan.

4:  Pelajar mengabaikan penerangan jumlah pelaburan!  Sepatutnya selepas menulis pengenalan, pelajar mesti menjelaskan jumlah pelaburan setiap tahun, apa polanya.  Huraikan dengan bukti-bukti dan berikan sebab berlakunya pola berkenaan.

5: Hampir semua pelajar tidak faham maksud pelaburan!  Angka-angka jutaan ringgit berkenaan ialah jumlah wang dari luar negara yang dibawa pelabur asing ke Malaysia, bukannya hasil jualan produk-produk berkenaan.  Ketidakfahaman ini jelas ketika menjawab punca/sebab berlakunya perubahan pola.  Sila rujuk skema jawaban.

Contoh jawaban.
     Jadual berkenaan menunjukkan pelaburan  asing di Malaysia dalam projek-projek mengikut industri  antara tahun 2003 hingga 2005.
     Jumlah keseluruhan pelaburan bagi tahun-tahun berkenaan menunjukkan pola menurun. Malaysia menerima jumlah pelaburan pada tahun 2003 sebanyak RM14398.6 juta, turun kepada RM12321.4 juta tahun berikutnya. Penurunan sebanyak RM2077.2 juta atau 14.43 peratus. Pada tahun 2005 pelaburan asing menurun sebanyak RM2486 juta atau 20.18 peratus menjadi RM9835.4 juta.  Punca penurunan jumlah pelaburan kerana banyak pelabur memindahkan pelaburan ke negara lain yang mempunyai kos lebih rendah dalam industri.
     Terdapat pula pola meningkat dalam jadual berkenaan.  Pelaburan asing dalam industri pengilangan makanan, tekstil dan produk tekstil, produk galian bukan logam, produk logam dibentuk, peralatan pengangkutan dan pelbagai industri telah menunjukkan peningkatan berterusan.  Sebagai contoh, pelaburan dalam industri peralatan pengangkutan berjumlah RM141.4 juta pada tahun 2003, meningkat kepada RM254.6 juta pada tahun 2005. Peningkatan ini sebanyak RM113.2 juta atau 80.06 peratus.  Punca peningkatan pelaburan ini kerana kerajaan Malaysia melaksanakan insentif pengecualian cukai kepada pelabur.
     Jadual juga memaparkan jumlah pelaburan bentuk pola menurun. Pelaburan asing dalam industri petroleum dan gas serta produk elektrik dan elektronik telah turun sepanjang tiga tahun. Sebagai contoh, pelaburan dalam industri produk elektrik dan elektronik pada tahun 2003 ialah RM6826.0 juta telah menurun sebanyak RM3196.1 juta kepada RM3629.9 juta pada tahun 2005. Penurunan ini sebanyak 46.82 peratus.  Punca penurunan pelaburan ini ialah pelabur tempatan telah mengambil alih industri itu daripada pelabur asing.
     Selain itu terdapat pola tidak konsisten.  Nilai pelaburan asing dalam industri kertas, percetakan dan penerbitan, kimia dan produk kimia dan produk logam serta pengilangan makanan telah mengalami pola perubahan tidak konsisten.  Sebagai contoh, nilai pelaburan dalam industri kertas, percetakan dan penerbitan berjumlah RM177.6 juta pada tahun 2003 telah menurun kepada RM102.5 juta pada tahun 2004. Penurunan ini sebanyak RM75.1 juta atau 42.29 peratus. Pada tahun 2005 pula nilai pelaburannya menjadi RM1361.8 juta, meningkat 1228.59 peratus atau RM1259.3 juta.  Punca pelaburan tidak stabil ini ialah pelabur asing yang berwaspada terhadap dasar kerajaan Malaysia.
     Kesimpulannya, Malaysia masih memerlukan pelabur-pelabur asing dalam usaha menjadikan negara ini sebagai negara maju.