Sistem peperiksaan STPM sudah berubah daripada peperiksaan pada penghujung tahun kepada setiap semester. Ini bermakna pelajar Tingkatan Enam mempunyai tiga semester. Tahniah tranformasi Tingkatan Enam ini.
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Khamis, 7 Jun 2012
Rabu, 11 Januari 2012
TUJUH kali peperiksaan sebelum STPM
PELAJAR-pelajar Enam Atas tahun ini akan menduduki peperiksaan STPM. Inilah tahun yang akan dilalui dengan penuh cabaran untuk mentukan berjaya atau tidak memasuki universiti, khasnya universiti awam. Sepatutnya semua pelajar sudah membuat sasaran kursus ijazah pertama mereka di universiti yang mereka sasarkan juga. Kata pakar motovasi, inilah matlamat yang jelas, bukan sekadar berjaya menjejakkan kaki ke universiti!
Untuk mendapatkan kejayaan yang baik dalam semua subjek, khasnya Pengajian Am, semua pelajar mesti menjalani latihan dan peperiksaan format STPM. Berapa kalikah peperiksaan Pengajian Am pada tahun 2012 ini? Secara umum semua sekolah di Selangor sudah ditetapkan jadual ujian dan peperiksaan tahun ini sebanyak empat kali. Dua kali ujian bulanan yang masanya sejam dan dua kali peperiksaan berformat STPM sebenar. Cukupkah dengan empat peperiksan itu untuk dijadikan panduan dan kayu ukur tahap pencapaian Pengajian am pelajar-pelajar?
Sebagai guru, saya mengatakan pelajar-pelajar perlu menghadapi tujuh peperiksaan sepanjang tahun 2012 sebelum melangkah ke dewan peperiksaan sebenar dengan hati tenang. Semua peperiksaan itu mestilah menepati format sebenar supaya pelajar-pelajar biasa menghadapi suasana peperiksaan sebenar termasuk sistem pemarkahan jawaban pelajar. Ini nampaknya mengerutkan dahi guru-guru sebab untuk memeriksa Kertas 2 Pengajian Am memerlukan masa yang agak lama, tambahan jika mengajar lebih dua kelas. Namun, itulah pengorbanan guru untuk pelajar-pelajarnya.
Ujian bulanan yang memakan masa hanya satu jam langsung tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan gred pencapaian kertas 2. Satu jam itu untuk Bahagian C dan D? Jika seorang pelajar tersalah media untuk Bahagian D markah maksimumnya untuk bahagian D hanya 1hingga 3. Dalam peperiksaan format sebenar, kegagalan pelajar menjawab bahagian D boleh ditampung dengan keupayaan dan keberkesanan menjawab empat bahagian lain. Hal ini yang menyebabkan markah untuk Kertas 2 agak anjal dan pelajar-pelajar tidak perlu diburu kebimbangan akan gagal dalam peperiksaan.
Selain itu pelajar-pelajar mestilah membuat kajian mengenai soalan-soalan yang kerap ditanya dalam sejarah STPM. Misalnya untuk kertas 1, bukan semua yang dipelajari dalam kelas akan ditanya dalam kertas soalan. Sebagai contoh dasar-dasar kerajaan yang sudah lama seperti Rancangan Malaya atau Rancangan Malaysia Pertama dan Rancangan Malaysia kedua pasti tidak akan ditanya. Tidak perlulah pelajar mendalaminya sampai merah mata! Untuk soalan kualitatif dan kuantitatif mesti dilalui dengan pengalaman. Pelajar wajib melakukan latihan menjawab iaitu berfikir dan membuat pengiraan, untuk cekap menjawab dengan betul.
Waktu inilah pentingnya sahabat. Sahabat yang akan saling bantu-membantu, bertukar-tukar informasi atau contoh soalan. Dan jangan lupa, guru adalah sebagian sahabat pelajar-pelajar.
Selasa, 6 Disember 2011
TIRU saja karangan orang lain
SEORANG mantan pelajar saya lepasan STPM tidak berjaya memasuki IPTA, dan rezekinya menjadi kakitangan kerajaan sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah menengah. Beberapa hari yang lalu (dalam musim cuti sekolah ini) saya bertemu dengannya. Saya cadangkan kepadanya supaya menulis buku kerana tugasnya bukanlah padat dan berpeluh-peluh, tambahan pula jika musim cuti sekolah. Katanya, “hendak menulis satu perenggan pun mengah!”
Mengarang bukanlah bakat sejak dalam rahim ibu. Mengarang adalah kemahiran dan ada seninya tersendiri. Kemahiran mengarang boleh dicari, dipupuk dan dijadikan satu pekerjaan. Cuba lihat di sekeliling kita, hari-hari ada surat khabar, majalah, buku-buku dan pelbagai media yang memaparkan tulisan. Ada peguam yang berhenti menjadi ‘loyar’ kerana menjadi penulis sepenuh masa. Ada banyak lagi doctor, jurutera, guru dan pemabuk pun menjadi penulis tanpa meninggalkan kerjayanya. Maaflah saya sebut pemabuk sekali. Pamabuk, jika tidak dalam zon mabuk, dia pun boleh menulis atau mengarang!
Di Malaysia, kemahiran mengarang sudah diajar sejak di Tahap Satu sekolah rendah. Setiap pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti ada pelajaran mengarang. Setiap tahap dan tingkatan sehingga Tingkatan Enam Atas mesti ada pelajaran mengarang. Dengan panjangnya sejarah belajar mengarang, sepatutnya semua rakyat Malaysia boleh mengarang dalam mana-mana media. Hakikatnya, kebanyakan menjadi pembaca hasil karangan orang lain.
Mengarang ialah mencetak maklumat yang selama ini tersimpan dalam minda. Maklumat yang terkumpul itu diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk pembacaan. Kalau tidak gila membaca pun masih boleh mengarang, mencetak hasil pemerhatian dan pengalaman hidup.
Hasil karangan dalam Pengajian Am Kertas 2 ada standardnya tersendiri. Secara umum, kedua-dua laras karangan itu masih sama dengan apa jenis karangan yang dipelajari sejak tahap satu dahulu. Soalnya mengapa sebagian besar karangan pelajar masih tidak berjaya berada dalam statusnya sendiri: Level STPM!
Yang saya ajarkan kepada pelajar-pelajar saya ialah, tiru sebuah karangan! Namun janganlah mendakwa karangan itu hasil minda kita pula. Kita wajib meniru untuk mendapat hasil yang baik. Maka tirulah sebuah karangan yang baik, orang kata ‘bulat-bulat’. Saya teringat dahulu, tanpa pendidikan menulis cerpen dan teringin sangat menghasilkan cerpen maka saya meniru tulis sebuah cerpen orang lain. Hari ini (syukur), mudah saya menulis cerpen.
Setelah meniru, kita wajib mengkajinya. Kajian ini termasuk jumlah perkataan isi-isi serta pemerangganan. Jika pelajar-pelajar sudah membuat kerja meniru ini sehingga tiga kali (termasuk mengkaji semua aspek karangan itu), mustahil pelajar itu masih mendakwa ‘bengap betul’ dalam membuat karangan.
Sebagai pelajar prauniversiti, membaca sepatutnya bukan sebagai hobi tetapi sebagai kerja. Kerja membaca bermakna membaca bahan yang tepat dan menekuni maklumat yang diterima. Kalau membaca masih gaya calon SPM, habislah…..
OK, bacalah kemudian menulislah. Tukar pemikiran daripada bersahaja dalam pembacaan kepada kerja membaca dan menulis. Insya Allah, tangan akan lancar menulis selama tiga jam!
Khamis, 20 Oktober 2011
MENGAPA anda di Tingkatan Enam?
MASUK Tingkatan Enam dan ambil STPM atau belajar di kolej? Persoalan ini bukan sahaja perlu dijawab oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima sekarang, malah oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam juga untuk mengukuhkan pendiriannya berada di Tingkatan Enam. Inilah jawaban mengapa anda berada di Tingkatan Enam dan akan menduduki STPM!
Pertama: Masa pengajian yang singkat iaitu selama 18 bulan atau setahun setengah. Anda masuk Tingkatan Enam pada bulan Mei tahun semasa dan akan berakhir pada bulan Disember tahun hadapannya. Jika anda masuk kolej, anda memerlukan masa selama tiga tahun untuk mendapatkan diploma yang sama taraf dengan STPM.
Kedua: Kos yang sangat rendah berbanding belajar di kolej. Tanpa yuran persekolahan dan peperiksaan, anda belajar secara percuma di Tingkatan Enam. Malah hak mendapat boucer RM200 pada tahun 2012 turut dinikmati oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam sama seperti rakan-rakan mereka yang menuntut di IPTA atau kolej swasta. Pelajar Tingkatan Enam juga berpeluang mendapat biasiswa prauniversiti RM90.00 atau RM110.00 sebulan daripada kerajaan.
Ketiga: Dalam jagaan keluarga! Semua pelajar Tingkatan Enam menikmati kasih sayang berterusan ahli keluarga kerana tidak perlu berpisah jauh daripada ibu bapa. Sekalipun ada yang tinggal di asrama, sekolah mereka tidaklah jauh dari rumah. Berbanding dengan pelajar di kolej yang terpaksa menyewa rumah dan menghadapi masalah pengangkutan ke kolej, pelajar Tingkatan Enam boleh melupakan masalah berkenaan. Seperti masih di sekolah rendah, ibu tidak cerewet menyediakan masakan tengah hari kepada pelajar Tingkatan Enam.
Keempat: sijil yang laku! Wow, cuba bandingkan sijil STPM dengan sijil matrikulasi? Ya, sekarang ada isu lebih 12 ribu pemegang sijil matrikulasi yang tidak mendapat tempat ke IPTA, namun bolehkah sijil mereka digunakan untuk memohon pekerjaan? Jawabnya tidak, sebaliknya sijil STPM tetap laku dalam pasaran kerja dalam dan luar negara. Malah pemegang STPM boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana sijil ini diiktiraf oleh negara-negara asing.
Pengalaman maklumat saya, ada ibu bapa yang melarang anaknya memilih mana-mana kolej walaupun keputusan peperiksaanya sangat cemerlang. Mereka sudah membaca adanya peluang dan kemudahan sepanjang anaknya berada di Tingkatan Enam berbanding menghantar anaknya belajar di kolej yang jauh itu. Peluang ke university tetap terbuka luas kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam.
Jangan timbulkan isu remeh-temeh seperti berpakaian seragam dan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, sedangkan kebaikan-kebaikan lain sangat besar.
Khamis, 25 Ogos 2011
KETAGIH judi adalah penyakit!
Oleh: SM Idris
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Kesihatan baru-baru ini bahawa kementerian itu menganggap perjudian satu penyakit dan ketagihan yang serius, sesuatu yang telah lama CAP perjuangkan.
Kami merasakan bahawa ini adalah satu permulaan yang baik dan satu langkah untuk menuju ke arah yang betul tetapi perundangan yang tegas diperlukan untuk mengelakkan orang ramai mendekati dan mudah untuk berjudi.
CAP ingin menarik perhatian terhadap kesan perjudian dan menggesa kerajaan menangani dengan segera masalah ini. Kami kesal dengan tindakan 'tunggu dan lihat' atau sebarang inisiatif yang menangani simptom atau kesan negatif perjudian dengan tidak mempedulikan sumber atau faktor penyebab.
Ketagihan terhadap perjudian merentasi etnik, usia, status sosioekonomi dan jantina. Berjudi untuk keseronokan atau untuk menghabiskan masa lapang dengan mudah boleh menjadi ketagih, yang kemudiannya dikaitkan pula dengan bahaya terhadap mental, sosial dan fizikal.
Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil, cukai, dan untuk lain-lain keperluan keluarga sebagai ganti digunakan untuk berjudi. Ketagihan itu telah menyebabkan hilangnya wang simpanan, tabungan pendidikan anak-anak, bayaran perumahan, tabungan persaraan, dan wang untuk urusan penting yang lain.
Mereka terpaksa berbohong kepada sesiapa sahaja atau meminjam daripada keluarga dan rakan atau lebih malang lagi meminjam daripada along untuk mengekalkan tabiat berjudi mereka.
Perjudian boleh menghancurkan atau memusnahkan hubungan, dan membawa kepada kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak secara haram seperti mencuri daripada perniagaan, pelanggan atau majikan mereka.
Penagih judi juga mungkin melakukan jenayah untuk membiayai perjudian mereka, menyebabkan bahaya kepada mangsa dan keluarga mereka serta diri sendiri dan melibatkan kos dalam sektor keadilan jenayah.
Kos sosial perjudian amat besar dan jauh mengatasi faedah ekonomi kepada kerajaan. Dikatakan bahawa masalah seorang penjudi memberi kesan kepada 7 - 17 orang yang lain, menunjukkan sebahagian besar penduduk menghadapi bahaya daripada masalah perjudian seperti kemusnahan kewangan, kehancuran perhubungan, keganasan rumah tangga, aktiviti jenayah, kemurungan dan bunuh diri. Kesan penagihan judi amat luas dan dalam.
CAP juga mengalu-alukan rancangan penubuhan majlis negara pada tahun ini untuk melihat pelbagai layanan dan program kesedaran pendidikan untuk menangani “masalah perjudian” di negara ini.

Bagaimanapun kami merayu kerajaan agar melaksanakan langkah yang berikut:
Tarik balik cabutan khas
Menggalakkan perjudian bukanlah jawapan kepada rangsangan ekonomi atau mengumpulkan sumber hasil kerajaan daripada cukai aktiviti perjudian.
Kerajaan perlu mengurangkan loteri dan cabutan mingguan empat nombor ekor (4-D), Toto dan lumba kuda oleh syarikat perjudian serta cabutan khas untuk mengurangkan tabiat berjudi. Kerajaan perlu dilihat menangani masalah ini sebagai ganti menghasilkan dan membolehkan ketagihan berjudi.
Pendekatan kesihatan awam
Kita perlu mempunyai pendekatan kesihatan awam yang digunakan untuk mengatasi bahaya perjudian termasuk masalah judi. Contohnya di New Zealand, Kementerian Kesihatan di sana mempunyai 'Program Kesedaran dan Pendidikan Masalah Perjudian' untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan bagi mendapatkan bantuan untuk mereka yang memerlukan.
Melalui program kesihatan awam, kerajaan boleh menyedarkan masyarakat untuk memahami bahaya perjudian dan membina sokongan awam bagi langkah mencegah dan mengurangkan perjudian, bagi menghasilkan komuniti dan keluarga yang lebih selamat.
Pada masa yang sama, kaki judi perlu diberi kaunseling dan sokongan untuk mencegah atau menguruskan tabiat perjudian mereka yang berisiko. Ini akan membantu menghapuskan bahaya yang dicetuskan oleh individu atau keluarga oleh perjudian.
Perundangan
Kita memerlukan peraturan dan perundangan yang lebih ketat dan tegas terhadap pelbagai bentuk perjudian yang telah menular dalam masyarakat moden termasuk perjudian dalam talian. Hampir kepada kasino dan amalan perjudian lain secara langsung berkaitan perjudian.
Peraturan perlu dikuatkuasakan untuk melindungi orang ramai daripada kemudahan untuk memuaskan tabiat berjudi sama ada melalui kasino, mesin judi atau melalui cabutan.
Matlamat utama 'kerajaan rakyat' seharusnya adalah untuk mengurangkan insiden perjudian dan masalah perjudian dan kesan ketagihan judi terhadap kehidupan individu dan masyarakat.
Kita perlu menimbangkan bagaimana ramainya rakyat Malaysia yang kerugian akibat berjudi - kos terhadap setiap orang tidak dapat diukur dan pertimbangan peningkatan kedai judi yang boleh didapati dan kekurangan perlindungan terhadap tabiat itu.
Kerajaan telah mewujudkan kaki judi yang telah menjadi ketagih kepadanya setiap minggu dan cabutan khas yang dibenarkan. Adalah tidak benar perjudian memacu pembangunan ekonomi dan kosnya terhadap keluarga, masyarakat dan negara mestilah dipertimbangkan dengan serius.
Lebih banyak kemudahan untuk berjudi akan menimbulkan masalah yang lebih besar, kami amat berharap kerajaan akan meletakkan kesihatan rakyat negara ini lebih utama mengatasi faedah daripada perjudian.

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Isnin, 9 Mei 2011
PENDAFTARAN pelajar Prauniversiti T6 Rendah
HARI ini pelajar-pelajar baru Tingkatan Enam Rendah mendaftar untuk memulakan sesi persekolahan peringkat Prauniversiti di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam Selangor. Tingkatan Enam bukanlah dalam pemelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), tetapi satu entiti pendidikan yang terasing daripada KBSM. Segala pengurusan dan sistem pemelajaran mereka berubah, dan tidak boleh dinilai berdasarkan KBSM!
Mereka diwajibkan mengambil Kertas Pengajian Am sama ada mereka daripada aliran sains atau sastera ikhtisas. Syarat kemasukan calon ke IPTA dengan menggunakan STPM pula memerlukan calon itu memiliki sekurang-kurangnya Prinsipal C dalam Pengajian Am. Hal ini bermakna, jika tiga atau empat subjek lain mendapat prinsipal yang baik atau terbaik pun jika Pengajian Am mereka hanya mendapat C- atau ke bawah, mereka tidak layak memasuki IPTA.
Skop Pengajian Am pula luas termasuklah hal ehwal dalam dan luar negara. Oleh itu para pelajar dinasihatkan supaya bersedia untuk menempuh kaedah pemelajaran baru untuk memperoleh maklumat yang matang sesuai dengan taraf kedudukan mereka yang berstatus Prauniversiti. Pelajar tidak dikongkong dengan aliran pemahaman politik, agama atau apa juga. Dalam dunia akademik, perbincangan dilakukan dengan jujur dan berdasarkan dalil atau hujahan. Pengajian Am akan menjadikan pelajar-pelajar meneroka pengajian ilmu yang terbuka, luas termasuk hal yang sensitif kepada norma masyarakat dan undang-undang.
Selamat berjuang!
Isnin, 28 Mac 2011
FORMAT peperiksaan Pengajian Am
| KERTAS 1 (900/1) | |||||
| Jumlah soalan | Masa | Fokus soalan | Jumlah markah | Wajaran (%) | |
| 60 soalan aneka pilihan (soalan 1-45 berkaitan aspek kenegaraan, soalan 46-60 merupakan soalan penyelesaian masalah kuantitatif dan kualitatif) | 2 jam | Meliputi sistem pentadbiran, perundangan, kehakiman dasar dalam dan luar negara serta isu semasa | 60 | 37.50% | |
| KERTAS 2(900/2) | |||||
| Bahagian A: Karangan Laras Sastera | 3 jam | 2 soalan (pilih satu) yang meliputi semua aspek sosial, ekonomi, sains dan teknologi, politik.alam sekitar dan agama | 25 | 62.50% | |
| Bahagian B: Karangan Laras Sains | 2 soalan (pilih satu) yang meliputi semua aspek sains, biologi, teknologi dan produktiviti, kesihatan, perubatan, penyakit dan alam sekitar | 25 | |||
| Bahagian C: Ulasan Petikan dan Kefahaman (meliputi laras sastera dan sains) | 2 soalan (pilih satu soalan setiap laras) | 20 | |||
| Bahagian D: Mengalih Bentuk Teks Linear kepada Bentuk Bukan Linear | 2 soalan (pilih satu) yang meliputi bentuk grafik seperti pelbagai jenis carta pai, graf bar dan graf garis | 15 | |||
| Bahagian E: Mengalih Bentuk Teks Bukan Linear kepada Bentuk Linear | 2 soalan (pilih satu) yang meliputi jadual, carta aliran dan carta, graf bar dan graf garis | 15 | |||
Langgan:
Ulasan (Atom)