Sabtu, 10 Disember 2011

MALANGNYA nasib burung wak-wak

KASIHAN unggas hutan yang seolah-olah haiwan bersalah, sentiasa dalam kecemasan dan bila-bila sahaja akan  ‘dihukum mati’  oleh manusia yang mendakwa bertamadun.  Di desa atau kawasan pinggir hutan, ada manusia yang mengambil kesempatan terhadap haiwan yang memang sudah cemas kerana ‘kampung halamannya’ semakin kecil.  Sebenarnya manusia ini bukan kelaparan kerana kerajaan Malaysia telah mempelbagaikan program ekonomi, menyebabkan kadar kemiskinan yang membawa kebuluran langsung tidak ada.  Tetapi ada manusia yang sepatutnya bersyukur kerana tidak kebuluran, tidak perlu lagi memburu haiwan liar yang memang sudah cemas kerana masalah habitatnya.


Bayangkan, mereka bukan lagi sekadar menahan jerat yang mungkin mendapat satu atau dua ekor burung punai atau ayam hutan.  Mereka kreatif bersama teknologi, menggunakan rakaman suara burung untuk memanggil sebanyak mungkin unggas liar berkenaan.  Sesiapa yang sayangkan hidupan liar pasti sebab di dada apabila sekali mereka pergi ‘memerangkap’ burung wak-wak, jumlahnya sehingga 20 ekor.  Mereka akan pergi lagi ke beberapa kawasan lain untuk menangkap jumlah yang sama atau lebih besar.  Yang menambah sebak ialah daalm suatu kawasan, bukan hanya seorang yang ‘laparkan’ daging burung berkenaan, malah ada beberapa orang lain.


Ingatlah, negara kita ada undang-undang iaitu Akta Peliharaan  Hidupan Liar 1972. Sila klik http://www.pet-cockatiel.com/act.html untuk membaca akta berkenaan.  Namun akta sahaja tidak berguna apabila manusia tidak menghormati undang-undang dan makhluk Allah yang lain.  Allah sudah memberikan ‘al-An’am’ iaitu haiwan ternak sebagai keperluan makanan, namun ada manusia yang inteleknya tinggi masih memburu haiwan yang Allah jadikan dengan fungsi masing-masing dalam sistem ekologi.

Kasihan burung-burung hutan yang selama ini menjadikan alam tersusun dalam jadual dan indah pada pandangan mata.  Di hadapan mata kita satu persatu burung ini akan pupus…

3 ulasan:

  1. dalam Islam tak salah pun kalau memburu haiwan liar.
    tapi mestilah berpada2.
    burung wak wak ni bukan macam rusa mudah pupus.burung ni takkan pupus.mana2 ada semak situ lah dia ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbruru sahaja setahu saya tak boleh. Ia mesti utuk tujuan seperti makanan, atau sumber lain. Wallahualam

      Padam
  2. Aikkk da knapaaaaa fakta slahh tuuu burung wak wak makan sedap

    BalasPadam