Isnin, 28 Mac 2011

CARA menulis pengenalan dalam karangan

BAGAIMANA hendak menulis pengenalan dalam karangan.  Sama ada karangan laras sastera atau sains, kaedahnya sama sahaja.  Untuk karangan Pengajian Am peringkat STPM, tidak boleh disamakan dengan kaedah menulis pengenalan karangan bagi subjek lain sekalipun pada peringkat STPM juga.

Pengenalan dalam karangan tidak ada markah, tetapi tanpa pengenalan pada karangan samalah manusia tanpa kepala!  Oleh itu, tulislah pengenalan yang mudah, jelas dan tidak menyusahkan anda atau pemeriksa.

Contoh soalan
Malaysia mempunyai koloni spesis tumbuh-tumbuhan herba yang banyak dan memberi kebaikan kepada manusia.  Namun spesis ini perlu dikembangkan untuk kegunaan berterusan.  Bincangkan.

Ada calon menulis pengenalan yang agak panjang, contohnya:
Malaysia masih mempunyai hutan yang luas, dan dalam hutan berkenaan terdapat banyak tumbuh-tummbuhan termasuk herba.  Herba ini sudah lama menjadi kegunaan masyarakat sejak zaman dahulu sehingga ke zaman sains dan teknologi.  Antara herba yang popular ialah tongkat ali, hempedu bumi, pegaga, daun kaduk dan bermacam-macam lagi.Dengan kecanggihan teknologi, herba dapat dikomersilkan dan bermanfaat kepada manusia sejagat.

Pengenalan yang agak panjang itu tidak salah, tetapi calon telah mengambil masa untuk menulisnya.
Saya mencadangkan pengenalan untuk soalan itu sekadar ditulis begini:

Malaysia mempunyai koloni spesis tumbuh-tumbuhan herba yang banyak  dan memberi kebaikan kepada manusia.  Semua herba ini patut dikembangkan kegunaannya agar terus bermanfaat kepada manusia.

Teknik menulis pengenalan dalam karangan ini ialah ‘mengubahsuai daripada soalan’.  Cara ini dapat menyelamatkan karangan daripada terpesong jika calon tidak menulis jawaban yang dikaitkan dengan kehendak soalan.

20 ulasan:

  1. bukan ke pegenalan kena ada 35 p.perkataan?

    BalasPadam
  2. kenapa tak bagi contoh karangan dengan baik..kan senang pelajar nak buat rujukan..

    BalasPadam
  3. Ini adalah contoh pengenalan yang baik. Tidak pernah ditetapkan jumlah perkataan untuk pengenalan. Seelok2nta, pengenalan menggambarkan esei yg akan dihasilkan. Lebih baik para pelajar mengubahsuai daripada soalan untuk menjimatkan masa dan dlm masa yg sama tidak membazirkan jumlah patah perkataan.

    BalasPadam
  4. ada tak cintoh karangan lain untuk sistem terbaru STPM 2012-2013 ni???

    BalasPadam
  5. apa kah itu cintoh?? cba trgkn dgn lebih lanjut...

    BalasPadam
  6. pembetulan...contoh la...bkn cintoh...

    BalasPadam
  7. mcm mna nk tau kehendak soalan yg di minta?

    BalasPadam
  8. dah pengenalan tu simple je la?? saya bru nak praktis buat karangan pa ni.. thanks for information

    BalasPadam
  9. amey yang paling hensem...

    BalasPadam
  10. ijat pula apa kurangnya hensem juga

    BalasPadam
  11. Campus SMK Bingkor Student23 Ogos 2015 pada 4:29 PTG

    format ni masih boleh digunakan utk sistem terbaru kan ????

    BalasPadam
  12. Terima kasih..banyak membantu walaupun hanya untuk pengenalan

    BalasPadam
  13. Boleh ajar balik x sbb x brapa jelas

    BalasPadam