Sabtu, 26 Mac 2011

PERBANDINGAN jawaban pelajar dengan hasil skema

Soalan: Isu cetak rompak telah menjadi suatu masalah yang tidak asing lagi di negara ini.  Walaupun kerajaan telah menjalankan serbuan-serbuan ke atas kilang-kilang haram, namun para pengguna masih boleh mendapatkan produk cetak rompak di pasar-pasar malam dan premis perniagaan. 
Bincangkan punca-punca dan kaedah mengatasi masalah cetak rompak yang diniagakan di pasar malam dan premis perniagaan.

Jawaban pelajar
Jawaban skema
Isu cetak rompak bukan lagi satu isu semasa bagi negara kita. Tetapi telah berlaku sejak teknologi dinegara kita meningkat maju. (ulasan: ada kesalahan ejaan dan struktur ayat).
Isu cetak rompak telah menjadi suatu masalah di negara ini. Kerajaan telah berusaha membanterasnya namun pengguna-pengguna masih boleh mendapatkan barangan itu daripada peniaga. Ada beberapa punca masalah ini dan cara mengatasinya.

Bilangan cetak rompak di pasaran semakin meningkat disebabkan permintaan yang amat tinggi terhadap cetak rompak (idea 1). Menyebabkan pengusaha yang tidak bertanggungjawab memproses lebih banyak cetak rompak. Disamping itu pula menjual cetak rompak juga membawa keuntungan yang lumayan kerana modal yang digunakan adalah amat rendah. Pada masa yang sama menjual cetak rompak telah menarik minat banyak remaja untuk menjualnya kerana gaji yang lumayan ditawarkan. (Ulasan: semua huraian dikaitkan dengan pengeluar. Ada kesalahan struktur bahasa)

Sebab utama hasil cetak rompak begitu banyak di pasaran kerana permintaan yang tinggi daripada pengguna (idea 1). Barangan cetak rompak pula murah dan menjadi pilihan pembeli (h1).  Pembeli sengaja memilih barangan tiruan yang murah kerana tahap kemampuan ekonomi mereka rendah (h1).  Pembeli memilih barangan tiruan ini juga kerana sangat mudah mendapatkan barangan itu di mana-mana seperti di pasar malam (h1).
(Ulasan: semua huraian dikaitkan dengan sikap permintaan pengguna)

Kebanyakan cetak rompak diimport dari negara jiran seperti Thailand.  Walaupun kilang-kilang cetak rompak dinegara kita telah di basmi oleh pihak berkuasa, tetapi kebanyakan cetak rompak adalah di import dari negara lain. (Ulasan: huraian jawaban ini tiada dalam skema)


Pihak berkuasa juga harus menjalankan tugas dengan amanah dalam proses serbuan (Idea 3).  Sebagai contohnya pihak kastam haruslah menjalankan tugas dengan bersih supaya tidak menerima rasuah daripada pengedar (h3).  Pihak polis juga menjalankan peranan penting dalam mengatasi hal ini, pihak polis haruslah menjalankan lebih banyak operasi di pasar-pasar malam dan premis perniagaan supaya dapat mengurang jualan cetak rompak (h3). (Ulasan: ada kesalahan struktur ayat.)

Sebab kedua kepada masalah ini ialah kelemahan penguatkuasaan undang-undang (Idea 3). Pihak penguatkuasa tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk bertindak tegas (h3). Lebih malang apabila ada penguatkuasa yang sanggup menerima rasuah dan membiarkan perniagaan haram ini (h3). Dalam hal lain, orang ramai tidak memberi kerjasama kepada perjalanan penguatkuasaan ini (h3).

Salah satu langkah harus diambil adalah harga cetak  tulen haruslah diturunkan supaya masyarakat mampu membelinya (Idea 5).  Masalah pengguna memilih membeli cetak rompak adalah disebabkan harga cetak tulen yang mahal (h5).  Jika harga cetak tulen dapat di turunkan maka pengguna akan memilih membeli cetak tulen dan pengeluar cetak rompak dapat dibasmikan (h5). (Ulasan: hanya 2 huraian dan ada kesalahan struktur ayat)

Satu cara untuk mengatasi lambakan produk tiruan ini ialah dengan menurunkan harga produk tulen (Idea 5). Jika harga sebuah DVD tulen sekitar RM10.00 hingga RM15.00, maka pengguna akan memilih produk tulen kerana berkemampuan (h5). Dengan harga berpatutan, pengguna pasti akan mendapatkan barangan tulen yang bermutu tinggi (h5). Harga barangan yang berpatutan tetapi kualitinya tinggi tentu akan membuat pengguna menolak terus hasil tiruan yang kualitinya sangat rendah (h5).


Hukuman yang berat juga akan menyebabkan industri cetak rompak lumpuh (Idea 4).  Berdasarkan undang-undang, syarikat yang didapati bersalah melakukan kegiatan cetak rompak boleh dikenakan denda maksimum setengan juta ringgit (h4). Pengusaha barangan cetak rompak juga boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun (h4). Selain itu lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh kerajaan (h4).

Pada kesimpulannya masah sosial seperti ini dapat diselesaikan jika pelbagai pihak dapat bekerjasama. Cetak rompak harus dibasmikan segera kerana ia amat menjejaskan produktiviti cetak tulen. Ulasan: ada kesalahan ejaan dan ganti nama).

Kesimpulannya, industri cetak rompak sangat merugikan negara dari sudut pungutan cukai. Manakala para karyawan pula tidak mendapat pulangan royalti.  Oleh itu semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan cetak rompak.

Ulasan: Terdapat tiga idea utama (3 markah) dan empat huraian (4 markah). Kesalahan ejaan dan struktur ayat dipotong 3 markah, bahasa (2 markah). Ada perenggan yang tidak relevan dan tidak lancar menyampaikan persembahan dipotong 2 markah, impak (2 markah). Keseluruhan karangan 11 markah.

Ulasan: Setiap idea utama (4 markah) diberi 12 huraian yang mesti berkaitan dengan idea asal (12 markah).  Tiada kesalahan ejaan  dan struktur ayat (5 markah) di samping keberkesanan persembahan karangan: impak (4 markah).  Karangan sempurna 25 markah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan