CONTOH SOALAN (Karangan laras sains)
Teknologi nuklear memberikan sumbangan besar dalam pembangunan negara. Bincangkan.
Menulis tajuk: Sila gunakan sebagian isi soalan untuk membina tajuk.
Contohnya:
Nuklear perlu dilihat dari sudut yang positif, bukan sebagai senjata pemusnah. Penerokaan teknologi nuklear merupakan satu usaha untuk pembangunan Malaysia.
Idea 1: Perubatan
ž H1: nuklear berupaya mendiagnosis penyakit, seperti rasioisotop kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser.
ž H1: Radioisotop fosforus digunakan untuk mengesan tumor, tiroid dan kanser.
ž H1: Sinar X untuk mengesan kecederaan dalam tubuh.
Idea 2: Pertanian
ž H2: hasilan mutan tumbuhan berkualiti. Baka-baka baru tanaman yang lebih cepat menghasilkan produknya.
ž H2: sinaran gamma, untuk memandulkan haiwan perosak.
ž H2: mengesan dan menghasilkan jenis baja yang sesuai untuk sesuatu jenis tumbuhan.
Idea 3: Perindustrian
ž H3: Menguji kualiti barangan industri. Contoh, radiasi diguna untuk mengetahui kemampatan sabun, tembakau dan coklat.
ž H3: Larutan radioaktif digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah.
ž H3: Untuk mengukur tahap kehausan enjin atau jentara besar.
Idea 4: Sumber tenaga
ž H4: tenaga nuklear yang mesra alam, tidak menghasilkan gas pencemar seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida.
ž H4: tenaga yang dapat di perbaharui, menggantikan bahan api fosil.
ž H4: mengurangkan masalah hujan asid.
Kesimpulan
ž Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia masih pada peringkat awal, namun sumbangannya dan pembangunan negara tidak dapat dinafikan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan