BAGAIMANA anda memilih satu daripada dua tajuk karangan di Bahagian A dan B? Sebenarnya ini satu persoalan besar kerana keputusan pelajar memilih salah satu daripada dua soalan itu akan membawa kepada penulisan jawaban. Ada yang melihat pada isu, kemudian memilih satu isu yang difikirkan lebih dikuasainya. Ada yang memilih berdasarkan mudahnya kehendak soalan. Oh ya, tiada paksaan cara memilih soalan untuk dijawab, tetapi ada kaedah yang agak munasabah. Mari kita cuba.
Contoh soalan bahagian A.
1 ‘Pertanian adalah perniagaan’ merupakan satu konsep yang diusahakan untuk menjadikan sektor pertanian lebih kompetitif. Kerajaan begitu komited terhadap usaha menjadikan nya suatu kenyataan. Bincangkan.
2 Pembinaan modal insan yang cemerlang merupakan salah satu fokus utama negara dalam usaha membina negara maju meliputi pelbagai bidang. Jelaskan kepentingan kerajaan mengambil langkah-langkah tersebut.
Mulakan dengan membuat draf paling ringkas supaya tidak membazir masa. Pelajar mesti memikirkan apakah empat idea utama bagi kedua-dua soalan. Setelah diteliti, kehendak soalan 1 ialah menentukan ‘cara menjadikan pertanian lebih kompetitif’ dan soalan 2 ‘sebab kerajaan mahukan modal insan cemerlang’.
Misalnya draf pelajar hanya sepeti di bawah.
No. 1 Idea 1 teknologi moden
Idea 2 mencari pasaran yang luas
Idea 3 pinjaman modal
No 2 Idea 1 sumber tenaga berdaya saing
Idea 2 membasmi kemiskinan
Setelah melihat hasil kerja ringkas pelajar itu, dia sepatutnya memilih soalan 1 untk dijawab. Untuk soalan 1 dia sudah mempunyai tiga Idea Utama berbanding soalan 2.
Ada cara kedua, iaitu berdasarkan Idea Utama dan huraian.
No 1 Idea 1 teknologi moden
Huraian – penggunaan ICT dan bioteknologi
Idea 2 mencari pasaran luas
Huraian – Fama memberi khidmat nasihat
Idea 3 pinjaman modal
Huraian – modal disediakan oleh Agrobank
No 2 Idea 1 sumber tanaga kerja berdaya saing
Huraian – punya moral yang tinggi
Menjana produktiviti berganda-ganda
Punya daya kreativiti dan semangat kerja tinggi
Idea 2 membasmi kemiskinan
Huraian – bercita-cita untuk pendapatan lumayan
Mempunyai pengetahuan yang tinggi
Bijak mengatur kerja
Baik, jika itulah hasil kajian ringkas terhadap dia soalan, pelajar ini dinasihatkan agar menjawab soalan 1. Pemilihan ini berdasarkan luasnya pengetahuan beliau mengenai isu soalan satu. Walaupun pelajar seperti boleh menghuraikan lebih mendalam untuk dua idea soalan dua, tetapi sebenarnya dia berjaya mendapatkan tiga Idea Utama.
Ingat, asas memilih soalan untuk dijawab ialah keupayaan memberikan Idea Utama secara maksimum (empat). Pemeriksa juga sangat menggemari jawaban yang jelas Idea Utamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan