Jumaat, 1 April 2011

GRAF Bar Piramid

SEMUA soalan dalam Pengajian Am tidak ada yang ‘mesra calon’, sebaliknya semua mencabar minda.  Benar, peperiksaan STPM sebenarnya untuk memilih calon terbaik yang dapat melepasi ranjau pemikiran dan pemahaman.

Dalam bahagian D, biar pun calon mempelajari pelbagai media sebagai jawaban kepada soalan-soalan yang dikemukakan, tidak ada soalan yang diajukan bersifat ‘lurus bendul’.   Calon tidak akan menemui frasa-frasa ayat soalan seperti ini;

……sila sediakan graf garis komponen…..   sebaliknya calon hanya diberikan klu seperti

……sila sediakan graf yang bersesuaian…….

Jangan terkejut pula apabila kelak calon menemui frasa ayat soalan sebegini;

……sila sediakan jawaban dengan media yang sesuai……

Sila perhatikan salah satu contoh soalan yang boleh membuat calon pening kepala jika tidak pernah melalui proses latihan pelbagai jenis soalan.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kepanjangan jalan raya mengikut jenis binaan dan bidang kuasa pada tahun 2002 hingga 2004.

Calon perlu meneliti apa yang diminta oleh soalan.  Catat satu persatu.
i.                     Kepanjangan jalan raya
ii.                   Jenis binaan
iii.                  Bidang kuasa
iv.                 Tahun 2002, 2003 dan 2004

Graf garis atau bar? 
Jika graf garis, garis kompaun atau komponen?
Jika graf bar, bar  kompaun atau komponen?

Setelah membaca petikan, calon mendapati graf yang diperlukan untuk jawaban itu ialah ‘graf bar piramid’.  Bar komponen atau kompaun?  Oleh kerana dalam soalan itu tidak terdapat perkataan ‘jumlah’ atau ‘kuantiti’ maka jawaban yang tepat ialah bar kompaun  piramid!

                             Malaysia: Jarak Panjang Jalan Raya mengikut Jenis Binaan dan
                                               Bidang Kuasa pada Tahun 2002 hingga 2004.

Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Jalan berturap
(km)
Jalan batu kerikil (km)
Jalan tanah merah (km)
Jalan berturap (km)
Jalan batu kerikil (km)
Jalan tanah merah (km)
2002
14891
2352
2503
41457
11659
5303
2003
15228
2371
2537
44285
13411
5368
2004
15917
2114
2243
43337
15024
5060
                                                                    (sumber: Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005)

Kemudian, buatlah dengan cermat.  Bayangkan kerugian yang dialami calon apabila sudah bersusah payah membina graf bar piramid tetapi markahnya begitu kecil.  Dua contoh jawaban di bawah membedakan markah antara yang teliti dengan yang cuai.  Ingat masa yang mereka gunakan sama, tetapi hasilnya jauh berbeda!
Cuba teliti mengapa jawaban ini mendapat markah penuh 15/15

Cuba teliti pula mengapa jawaban ini hanya mendapat markah yang kecil.

MESTI bina draf sebelum mengarang

CONTOH SOALAN (Karangan laras sains)
Teknologi nuklear memberikan sumbangan besar dalam pembangunan negara. Bincangkan.

Menulis tajuk:  Sila gunakan sebagian isi soalan untuk membina tajuk.

Contohnya:
Nuklear perlu dilihat dari sudut yang positif, bukan sebagai senjata pemusnah. Penerokaan teknologi nuklear merupakan satu usaha untuk pembangunan Malaysia.

Idea 1: Perubatan
ž  H1: nuklear berupaya mendiagnosis penyakit, seperti rasioisotop kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser.
ž  H1: Radioisotop fosforus digunakan untuk mengesan tumor, tiroid dan kanser.
ž  H1: Sinar X untuk mengesan kecederaan dalam tubuh.

Idea 2: Pertanian
ž  H2: hasilan mutan tumbuhan berkualiti.  Baka-baka baru tanaman yang lebih cepat menghasilkan produknya.
ž  H2: sinaran gamma, untuk memandulkan haiwan perosak.
ž  H2: mengesan dan menghasilkan jenis baja yang sesuai untuk sesuatu jenis tumbuhan.

Idea 3: Perindustrian
ž  H3: Menguji kualiti barangan industri. Contoh, radiasi diguna untuk  mengetahui kemampatan sabun, tembakau dan coklat.
ž  H3: Larutan radioaktif digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah.
ž  H3: Untuk mengukur tahap kehausan enjin atau jentara besar.

Idea 4: Sumber tenaga
ž  H4: tenaga nuklear yang mesra alam, tidak menghasilkan gas pencemar seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida.
ž  H4: tenaga yang dapat di perbaharui, menggantikan bahan api fosil.
ž  H4: mengurangkan masalah hujan asid.

Kesimpulan
ž  Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia masih pada peringkat awal, namun sumbangannya dan pembangunan negara tidak dapat dinafikan lagi.

CARA menjawab dan ulasan memahami teks

Pemahaman laras sastera
1.       “Rasuah merupakan amalan yang tidak bermoral yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan ketidakpercayaan orang ramai terhadap kakitangan sektor awam.  Keadaan ini boleh memberi imej buruk dalam kalangan pelabur asing dan secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara.”
(dipetik daripada majalah Dewan Masyarakat,Mac 2003)
i.                     Apakah impak amalan rasuah kepada negara?
ii.                   Dengan tidak menggunakan lebih 50 patah perkataan, huraikan cara kerajaan mengurangkan ketidakkepercayaan orang ramai kepada kakitangan  awam.

Ø  Jawaban no i mestilah terdapat dalam ayat terakhir petikan.  Isi yang mesti ada ialah imej buruk dalam kalangan pelabur asing (1 markah) dan menjejaskan ekonomi negara (1 markah).

Ø  Jawaban no ii mestilah bermaksud cara kerajaan membanteras rasuah dalam kalangan kakitangan awam.  Soalan tampak mengelirukan apabila calon diminta mencatat cara kerajaan mengurangkan ketidakpercayaan orang ramai….. Ayat itu bermaksud orang ramai tidak percaya kakitangan kerajaan kerana amalan rasuah.  Oleh itu calon diminta memberikan cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan rasuah, sekaligus bererti tahap kepercayaan orang ramai terhadap kakitangan kerajaan.

Ø  Calon yang memberi jawaban cara kerajaan mengatasi masalah tidak percayanya orang ramai terhadap kaki tangan awam yang tidak dikaitkan dengan rasuah, jelas terseleweng (TR).

Ø  Antara cara kerajaan membanteras rasuah adalah:  menukar struktur BPR kepada SPRM, meningkatkan hukuman pesalah rasuah, menguatkuasakan semua undang-undang berkaitan rasuah, melindungi peribadi pemberi maklumat, mengadakan kempen-kempen antirasuah dan  memberi pendidikan hal keburukan rasuah terhadap generasi muda.

Pemahaman laras sains
2.       Kepupusan hidupan liar sering dikaitkan dengan aktiviti manusia sebagai agen pemusnah hidupan akuatik dan daratan.  Aktiviti pemburuan haiwan untuk tujuan perubatan dan makanan menyebabkan haiwan pupus.  Pemburu memburu haiwan  dan dijual untuk dijadikan makanan atau kesihatan untuk memulihkana tenaga.”
(dipetik daripada Dewan Siswa, 2005)

i.                     Apakah punca hidupan liar mengalami kepupusan?
ii.                   Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan cara terbaik untuk mengelak kepupusan hidupan darat.

Ø  Jawaban no i mesti mengandungi dua isi iaitu tujuan perubatan dan makanan (2 markah).

Ø  Jawaban no ii mestilah jelas menggunakan kaedah sains.  Calon yang memberikan kaedah seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran dan pendidikan merupakan jawaban laras sastera yang tidak sesuai (TR).

Ø  Antara cara sains yang dilakukan ialah melakukan penyelidikan dan pembangunan pembiakan baka, melakukan pengklonan dan pengkacukan baka, menyediakan pusat pemuliharaan haiwan (seperti di Sepilok) dan  membina taman haiwan (seperti zoo).

SKOP Kertas 1 untuk 60 soalan

PENGAJIAN AM Kertas 1 adalah soalan-soalan beraneka jawaban.  Terdapat 60 soalan (objektif) yang perlu dijawab selama 2 jam.    Pembahagian soalan-soalan seperti berikut:

i.                    i.      Dasar – dasar  Dalam dan  Luar  Negara – 20 soalan
  1. Sistem Pentadbiran Malaysia  – 15 soalan
  2. Sistem Perundang-undanganan – 5 soalan
  3. Sistem Kehakiman – 5 soalan
  4. Penyelesaian Masalah – 15 soalan

DASAR-DASAR DALAM NEGARA
i)                    Dasar Ekonomi baru (DEB)
ii)                   Rancangan Malaysia (RMK – 6, 7, 8, 9, 10)
iii)                 Wawasan 2020
iv)                 Dasar Persyarikatan Malaysia
v)                  Dasar Penswastaan
vi)                 Dasar Pandang ke Timur
vii)               Dasar Pertanian
viii)            Dasar Perindustrian
ix)                 Dasar Sogoshosha
x)                  Dasar Kebudayaan Kebangsaan
xi)                 Dasar Pendidikan Kebangsaan – PIPP
xii)               Dasar Sosial Negara
xiii)              Pelan Integriti Nasional
xiv)             Dasar Automotif  Nasional
xv)               Dasar Sukan Negara


DASAR-DASAR LUAR NEGARA
i)                    Persatuan Negara-negara Asia tenggara (ASEAN)
ii)                   Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu  (PBB)
iii)                 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
iv)                 Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam  (OIC)
v)                  Kumpulan Membangun  Lapan (D8)
vi)                 Pertubuhan Komanwel
vii)               Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
viii)              Dialog Utara – Selatan
ix)                 Suruhanjaya Selatan-Selatan
x)                  Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
xi)                 Mesyuarat Asia – Eropah (ASEM)

SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA
a)      Kerajaan Persekutuan
b)      Kerajaan Negeri
c)       Kerajaan Tempatan

a)      Kerajaan Persekutuan
i)                    Bidang kuasa – Eksekutif – Perundangan - Kehakiman
ii)                   DYMM Yang Dipertuan Agong  & Majlis Raja-raja – bidang kuasa – mesyuarat – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
iii)                 Suruhanjaya
iv)                 Ketua Audit Negara
v)                  Kabinet/Jemaah Menteri
vi)                 Ketua Setiausaha Negara
vii)               Jabatan Perdana Menteri (JPM) & Kementerian-kementerian
viii)              Agensi pelaksana & Jabatan-jabatan – UPE, UPP, JPA, PERBENDAHARAAN, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
ix)                 Badan Berkanun & Badan Tidak Berkanun
x)                  Majlis dalam Perlembagaan – Majlis Kewangan, Majlis Tanah, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Raja-raja
xi)                 Majlis tiada dalam Perlembagaan – Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara,  Majlis Keselamatan Negara
xii)               Sumber kewangan Kerajaan Persekutuan
xiii)              Belanjawan

b)      Kerajaan Negeri
i)                    Bidang kuasa
ii)                   Sistem Pentadbiran Kerajaan negeri
iii)                 Kuasa Sultan/Yang Dipertua Negeri
iv)                 Dewan Undangan Negeri (DUN)  – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
v)                  Menteri Besar/Ketua Menteri
vi)                 Setiausaha Kerajaan Negeri
vii)               Sumber kewangan negeri

c)       Kerajaan Tempatan
i)                    Bidang kuasa
ii)                   Sumber kewangan Kerajaan Tempatan


SISTEM PERUNDANGAN-UNDANGAN MALAYSIA
i)                    Badan Perundangan Persekutuan – Komponen Parlimen – Dewan Rakyat – Dewan Negara  - Keahliannya - Fungsinya – Pentadbirannya  – Proses penggubalan dan kelulusan Rang Undang-Undang
ii)                   Badan Perundangan Negeri – Komponen Dewan Undangan Negeri – Fungsinya – Keahliannya – Proses Penggubalan dan kelulusan undang-undang
iii)                 Pindaan Perlembagaan
a)      Pindaan yang memerlukan majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen & Perkenan Majlis raja-Raja
b)      Majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen
c)       Majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak
d)      Majoriti mudah Majlis Parlimen
iv)                 Pilihan Raya – Suruhanjaya Pilihan Raya – Peranan & Kuasanya – Perjalanan dan Prosedur  Pilihan raya

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
1         Fungsi Kehakiman
a)      Mentadbir keadilan
b)      Mentafsir Undang-Undang
c)       Menyelesaikan pertikaian
d)      Memelihara Hak Warganegara

2         Sistem Kehakiman
a)      Pentadbiran kehakiman
b)      Pelantikan dan pemecatan hakim
c)       Kebebasan Kehakiman

3         Struktur Mahkamah
a)      Mahkamah awam
b)      Mahkamah Khas
c)       Mahkamah Syariah
d)      Badan-badan Pengadilan lain

4     Atur cara (prosiding) mahkamah
a)      Atur cara sivil
b)      Atur cara jenayah


5    Perkhidmatan Perundangan
a)      Peguam Negara
b)      Peguamcara Negara dan Penggubal Undang-Undang Parlimen
c)       Biro Bantuan Guaman – Peranan & fungsinya

6    Lembaga Pengampunan – peranan & keanggotaannya
7    Istilah Kehakiman

Penyelesaian Masalah

1         Kuantitatif
2         Kualitatif