Khamis, 2 Jun 2011

KARANGAN laras sains: draf dan contoh karangan


Contoh soalan

Walaupun teknologi perubatan moden berupaya meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan.  Bincangkan.

(Rangka karangan)
Pengenalan
-          Teknologi perubatan moden memang mampu meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan.

Idea 1 – teknologi peralatan
-          Peralatan yang semakin lengkap mengurangkan risiko kegagalan.
-          Pembedahan menggunakan kaedah lesar.
-          Teknologi robotik pula digunakan dalam urologi dan kardiotorasik.

Idea 2 -  teknologi mengesan penyakit
-          Kaedah mengesan sesuatu penyakit lebih mudah dan berkesan.
-          Penggunaan sinaran x, radiografi dan pengemejan molekul dapat mengesan jenis penyakit.
-          Penyakit barah juga dapat dikesan lebih awal dan dirawat dengan baik.

Idea 3 – pemakanan yang seimbang
-          Makan mengikut kaedah piramid pemakanan
-          Banyakkan makanan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi.
-          Dapat mengawal kegemukan atau serangan penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan lemah jantung.

Idea 4 – Gaya hidup sihat
-          Tidak merokok atau meminum arak
-          Tidak mengambil makanan yang diketahui boleh menjejaskan kesihatan.
-          Tidak melakukan aktiviti seks rambang yang menjadi punca penyakit berjangkit.

Kesimpulan – Kemampuan teknologi yang tinggi untuk menyokong kesihatan manusia lebih berkesan apabila manusia sendiri melakukan pencegahan awal untuk mengekalkan kesihatan.

Cadangan jawaban karangan

     Teknologi perubatan moden memang mampu meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan.

     Kemajuan teknologi perubatan terdapat pada kemajuan peralatan-peralatan perubatan.  Peralatan perubatan yang dilengkapi komputer  dan semakin lengkap dapat mengurangkan risiko kegagalan dalam kaedah rawatan. Hari ini para pakar perubatan telah melakukan  pembedahan dengan menggunakan sinar laser yang berisiko kecil. Pembedahan ini juga melalui proses penyembuhan yang cepat.  Teknologi robotik pula digunakan dalam urologi dan kardiotorasik.

     Selain itu, kemajuan teknologi juga berjaya mengesan pelbagai jenis penyakit dalam badan dengan mudah.  Penggunaan sinaran x.radiografi dan pengimejan molekul dapat mengesan pelbagai jenis penyakit.  Jika suatu ketika, penyakit barah sukar dikesan, dengan alatan perubatan yang terkini, penyakit itu dapat dikesan pada peringkat awal lagi.

     Walaupun terdapat teknologi yang tinggi dalam kaedah rawatan, seseorang tetap perlu melakukan penjagaan kesihatan sendiri.  Setiap orang wajib menjaga pemakanannya supaya sentiasa seimbang.  Makanan yang seimbang ialah yang mengikut susunan piramid makanan.  Untuk mengekalkan kesihatan, seseorang digalakkan lebih banyak memakan buah-buahan atau sayur-sayurran.  Di samping itu makanan yang berlemak tinggi hendaklah dikurangkan. Pemakanan yang seimbang dapat mengawal kegemukan dan mengelakkan dijangkiti penyakit diabetes, darah tinggi dan lemah jantung.

     Seseorang juga wajib menjalani kehidupan yang sihat dan normal.  Punca-punca penyakit hendaklah dihindari seperti tidak merokok dan meminum arak.  Seseorang juga dilarang mengambil makanan yanag boleh menjejaskan kesihatan dirinya terutama yang berkabohidrat dan berkolesterol tinggi.  Selain itu semua dilarang melakukan aktiviti seks rambang, yang jelas menjadi punca merebaknya penyakit berjangkit.

     Kemampuan teknologi yang tinggi untuk menyokong kesihatan manusia lebih berkesan apabila manusia sendiri melakukan pencegahan penyakit lebih awal untuk mengekalkan kesihatan

17 ulasan:

  1. terima kasih atas info yang telah diberikan.

    saya dapat menambahkan pengetahuan saya dengan

    membaca

    artikel yang disediakan oleh saudari.......

    BalasPadam
  2. terima kasih banyak ya cikgu Mubin...

    BalasPadam
  3. thank's a lot...it's realy helpful for me..thanks again! :)

    BalasPadam
  4. tolong payah betul soalan soalan nie..........cara penyelesaiannya cammane???????????????????

    BalasPadam
  5. terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

    BalasPadam
  6. THANKS A LOT.............

    BalasPadam
  7. wahhh...akhrnya,...pgjian am kini xlg jd beban dgn bantuan blog ini.tq

    BalasPadam
  8. terima kasih..ini membantu idea saya jawab ujian esok karangan laras sains..

    BalasPadam
  9. saya nak jawapan untuk pengajian am stpm 1991:sejauh manakah amalan merokok merupakan punca utama yang mengancam kesihatan penduduk malaysia?

    BalasPadam
  10. nk jwapn kmentarian pngajian tggi..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah... dengan ada bantuan blok ini saya dapat maklumat untuk membuat sesuatu tugasan yang diberi... tak lagi jadi bebanan untuk pengajiam am 2 ini... thanks atas blog ini juga..

    BalasPadam
  12. karangan yg baikk!!!

    BalasPadam
  13. bagaimana dengan soalan yang berkaitan AGROPELANCONGAN

    BalasPadam
  14. thnx....maklumat yg membantu

    BalasPadam
  15. Blh hntrkan sye ' skema jwpn untuk soalan ~> kpntingan teknologi robotik .. klu blh hntrkan ke email sye .. email sye ialah nurunaizah96@gmail.com.my

    BalasPadam