SEMUA soalan dalam Pengajian Am tidak ada yang ‘mesra calon’, sebaliknya semua mencabar minda. Benar, peperiksaan STPM sebenarnya untuk memilih calon terbaik yang dapat melepasi ranjau pemikiran dan pemahaman.
Dalam bahagian D, biar pun calon mempelajari pelbagai media sebagai jawaban kepada soalan-soalan yang dikemukakan, tidak ada soalan yang diajukan bersifat ‘lurus bendul’. Calon tidak akan menemui frasa-frasa ayat soalan seperti ini;
……sila sediakan graf garis komponen….. sebaliknya calon hanya diberikan klu seperti
……sila sediakan graf yang bersesuaian…….
Jangan terkejut pula apabila kelak calon menemui frasa ayat soalan sebegini;
……sila sediakan jawaban dengan media yang sesuai……
Sila perhatikan salah satu contoh soalan yang boleh membuat calon pening kepala jika tidak pernah melalui proses latihan pelbagai jenis soalan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kepanjangan jalan raya mengikut jenis binaan dan bidang kuasa pada tahun 2002 hingga 2004.
Calon perlu meneliti apa yang diminta oleh soalan. Catat satu persatu.
i. Kepanjangan jalan raya
ii. Jenis binaan
iii. Bidang kuasa
iv. Tahun 2002, 2003 dan 2004
Graf garis atau bar?
Jika graf garis, garis kompaun atau komponen?
Jika graf bar, bar kompaun atau komponen?
Setelah membaca petikan, calon mendapati graf yang diperlukan untuk jawaban itu ialah ‘graf bar piramid’. Bar komponen atau kompaun? Oleh kerana dalam soalan itu tidak terdapat perkataan ‘jumlah’ atau ‘kuantiti’ maka jawaban yang tepat ialah bar kompaun piramid!
Malaysia: Jarak Panjang Jalan Raya mengikut Jenis Binaan dan
Bidang Kuasa pada Tahun 2002 hingga 2004.
Kerajaan Persekutuan | Kerajaan Negeri | |||||
Jalan berturap (km) | Jalan batu kerikil (km) | Jalan tanah merah (km) | Jalan berturap (km) | Jalan batu kerikil (km) | Jalan tanah merah (km) | |
2002 | 14891 | 2352 | 2503 | 41457 | 11659 | 5303 |
2003 | 15228 | 2371 | 2537 | 44285 | 13411 | 5368 |
2004 | 15917 | 2114 | 2243 | 43337 | 15024 | 5060 |
(sumber: Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005)
Kemudian, buatlah dengan cermat. Bayangkan kerugian yang dialami calon apabila sudah bersusah payah membina graf bar piramid tetapi markahnya begitu kecil. Dua contoh jawaban di bawah membedakan markah antara yang teliti dengan yang cuai. Ingat masa yang mereka gunakan sama, tetapi hasilnya jauh berbeda!
Cuba teliti mengapa jawaban ini mendapat markah penuh 15/15
Cuba teliti pula mengapa jawaban ini hanya mendapat markah yang kecil.
graf bar piramid komponan cmna plak ?
BalasPadambagaimana nak tahu graf bar piramid? kenal pasti petunjuk @ dalam soalan dikehendakinya...
BalasPadamAda dua pemboleh ubah dan salah satunya menunjukkak kweujudan unsur berpasangan.
Padamkalau nak tahu tu graf bar piramid ke tidak.. mesti ada 3 pemboleh ubah baru laaa bar piramid
BalasPadammcm mane nak tahu itu graf piramid kompaun atau komponen???
BalasPadamgraf bar komponen mcm mne pla?
Padambar komponen ada kata-kata seperti jumlah , nilai keseluruhan
Padamdll. yang menunjukkan komponen
bar komponen ada kata-kata seperti jumlah , nilai keseluruhan
Padamdll. yang menunjukkan komponen
Macam mana nak tahu benda yang dijadikan sebagai petunjuk
BalasPadamMacam mana nak tahu benda yang dijadikan sebagai petunjuk
BalasPadamSektor yg ada.
PadamKalau dia kata kuantiti...kompaun atau komponen
BalasPadamBar kompaun
PadamGenius design, nice background, nice contrast of words and background
BalasPadam