Bahagian E
1. Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan pola pelaburan asing dalam projek-projek mengikut industri antara tahun 2003 hingga 2005. Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku?
Malaysia: Pelaburan Asing Dalam Projek-projek Mengikut industri antara Tahun 2003
hingga 2005.
Industri | 2003 | 2004 | 2005 |
RM juta | RM juta | RM juta | |
Pengilangan makanan | 431.0 | 439.0 | 384.8 |
Tekstil dan produk tekstil | 33.6 | 77.8 | 368.5 |
Kertas, percetakan dan penerbitan | 177.6 | 102.5 | 1361.8 |
Kimia dan produk kimia | 496.0 | 357.1 | 556.3 |
Petroleum dan gas | 4791.0 | 812.4 | 436.9 |
Getah dan produk getah | 220.5 | 106.4 | 109.8 |
Produk galian bukan logam | 98.9 | 326.2 | 380.7 |
Produk logam asas | 158.6 | 4226.6 | 736.3 |
Produk logam dibentuk | 212.5 | 597.6 | 736.3 |
Produk elektrik dan elektronik | 6826.0 | 4005.4 | 3629.9 |
Peralatan pengangkutan | 141.4 | 182.4 | 254.6 |
Pelbagai | 811.5 | 1088.0 | 1351.1 |
JUMLAH | 14398.6 | 12321.4 | 9835.4 |
(dipetik dan dibahsuai daripada Laporan Ekonomi 2003-2006)
Ulasan jawaban soalan nombor 3 (Bahagian E) jadual.
Kesalahan dan kesilapan yang dicatat telah dilakukan dan wajib dijadikan iktibar.
1: Tidak menulis tanda harga seperti RM. Ada pelajar menulis 14398.6 juta. Ada juga yang menulis RM14398.6 tanpa menulis perkataan ‘juta’.
2: Sedikit pelajar memahami format penulisan jawaban. Jawaban perlu dalam ENAM perenggan!
Tulislah perenggan 1 (P1) dengan pengenalan mudah. Pada atas jadual sudah ada tajuk dan ubah sedikit sahaja. Cuba tulis seperti ini,
Jadual berkenaan menunjukkan pelaburan asing di Malaysia dalam projek-projek mengikut industri antara tahun 2003 hingga 2005.
Perenggan 2, 3, 4 dan 5 ialah isi. Perenggan 6 ialah kesimpulan.
2: Kebanyakan jawaban pelajar tidak menggunakan perkataan standard. Pelajar wajib menulis frasa ayat “pola meningkat”, “pola menurun” dan “pola tidak konsisten” dalam ayat awal. Contohnya,
Jumlah keseluruhan bagi tiga tahun berkenaan menunjukkan pola menurun.
Terdapat pola meningkat dalam jadual berkenaan.
Jadual itu juga memperlihatkan pola tidak konsisten.
Selepas ayat-ayat penegasan berkenaan pola, barulah pelajar memberi huraian perubahan nilai mutlak pada tahun-tahun berkenaan untuk membuktikan polanya.
3: Punca perubahan pola mesti ditulis dalam peranggan bersama ulasan pola. Ertinya punca-punca tidak boleh ditulis berasingan dalam perenggan lain kerana setiap perubahan pola mempunyai punca/sebab yang berlainan.
4: Pelajar mengabaikan penerangan jumlah pelaburan! Sepatutnya selepas menulis pengenalan, pelajar mesti menjelaskan jumlah pelaburan setiap tahun, apa polanya. Huraikan dengan bukti-bukti dan berikan sebab berlakunya pola berkenaan.
5: Hampir semua pelajar tidak faham maksud pelaburan! Angka-angka jutaan ringgit berkenaan ialah jumlah wang dari luar negara yang dibawa pelabur asing ke Malaysia, bukannya hasil jualan produk-produk berkenaan. Ketidakfahaman ini jelas ketika menjawab punca/sebab berlakunya perubahan pola. Sila rujuk skema jawaban.
Contoh jawaban.
Jadual berkenaan menunjukkan pelaburan asing di Malaysia dalam projek-projek mengikut industri antara tahun 2003 hingga 2005.
Jumlah keseluruhan pelaburan bagi tahun-tahun berkenaan menunjukkan pola menurun. Malaysia menerima jumlah pelaburan pada tahun 2003 sebanyak RM14398.6 juta, turun kepada RM12321.4 juta tahun berikutnya. Penurunan sebanyak RM2077.2 juta atau 14.43 peratus. Pada tahun 2005 pelaburan asing menurun sebanyak RM2486 juta atau 20.18 peratus menjadi RM9835.4 juta. Punca penurunan jumlah pelaburan kerana banyak pelabur memindahkan pelaburan ke negara lain yang mempunyai kos lebih rendah dalam industri.
Terdapat pula pola meningkat dalam jadual berkenaan. Pelaburan asing dalam industri pengilangan makanan, tekstil dan produk tekstil, produk galian bukan logam, produk logam dibentuk, peralatan pengangkutan dan pelbagai industri telah menunjukkan peningkatan berterusan. Sebagai contoh, pelaburan dalam industri peralatan pengangkutan berjumlah RM141.4 juta pada tahun 2003, meningkat kepada RM254.6 juta pada tahun 2005. Peningkatan ini sebanyak RM113.2 juta atau 80.06 peratus. Punca peningkatan pelaburan ini kerana kerajaan Malaysia melaksanakan insentif pengecualian cukai kepada pelabur.
Jadual juga memaparkan jumlah pelaburan bentuk pola menurun. Pelaburan asing dalam industri petroleum dan gas serta produk elektrik dan elektronik telah turun sepanjang tiga tahun. Sebagai contoh, pelaburan dalam industri produk elektrik dan elektronik pada tahun 2003 ialah RM6826.0 juta telah menurun sebanyak RM3196.1 juta kepada RM3629.9 juta pada tahun 2005. Penurunan ini sebanyak 46.82 peratus. Punca penurunan pelaburan ini ialah pelabur tempatan telah mengambil alih industri itu daripada pelabur asing.
Selain itu terdapat pola tidak konsisten. Nilai pelaburan asing dalam industri kertas, percetakan dan penerbitan, kimia dan produk kimia dan produk logam serta pengilangan makanan telah mengalami pola perubahan tidak konsisten. Sebagai contoh, nilai pelaburan dalam industri kertas, percetakan dan penerbitan berjumlah RM177.6 juta pada tahun 2003 telah menurun kepada RM102.5 juta pada tahun 2004. Penurunan ini sebanyak RM75.1 juta atau 42.29 peratus. Pada tahun 2005 pula nilai pelaburannya menjadi RM1361.8 juta, meningkat 1228.59 peratus atau RM1259.3 juta. Punca pelaburan tidak stabil ini ialah pelabur asing yang berwaspada terhadap dasar kerajaan Malaysia.
Kesimpulannya, Malaysia masih memerlukan pelabur-pelabur asing dalam usaha menjadikan negara ini sebagai negara maju.
Sekiranya tidak menulis nombor soalan, apakah markah yang akan diber?
BalasPadamdalam karangan pola perubahan kena letak satu pola perbandingan. adakah saya betul?
BalasPadamdalam karangan pola perubahan kena letak satu pola perbandingan. adakah saya betul?
BalasPadamBoleh saya daptkan nombor telefon😊
BalasPadamSetahu saya pola ni adalah pola umumu.kalau pola umum mesti ada pola perubahan dan pola perbandingan.. Tpi dari apa sya nmpk skema jawapan ini adalah pola perubahan.. Betul tk? Correct me if im wrong😊
BalasPadamkannnnnn
Padamkannnnnn
Padam