NEGARA Asean sudah bersedia untuk mencapai penyambungan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjelang 2015, kata pegawai kanan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Ketua Penolong Setiausaha bagi sektor komuni-kasi, Lee Soon Hoe, berka-ta 10 projek kini dilaksanakan di negara anggota Asean bagi mencapai penyambungan berkenaan. “Kebanyakan projek itu dibiayai oleh Jepun dengan disokong rakan dialog Asean. Suruhanjaya Eropah turut menyokong dalam latihan untuk pegawai perundangan jenayah,” katanya kepada BERNAMA ketika Mesyuarat Pegawai Kanan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Asean Ke-11 (TEL-SOM) di Kuala Lumpur, semalam.
Lee berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam projek itu. “Beberapa projek baru tahun ini termasuk latihan dan perisian sumber terbuka untuk perundangan jenayah. Projek yang dijalankan termasuk amaran tsunami, teknologi hijau dan e-dagang.
“Kami telah menyiapkan projek Cyber Kids yang dilaksanakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Komunikasi Malaysia (MICC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Maxis,” katanya.
Berita Harian 11.01.2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan